--Selamat Datang Ke Laman Web SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2003--
 

 

 

         

  

E-MAIL WEBMASTER

                                                                                            LAMAN UTAMA

  MENU UTAMA

  SEJARAH SEKOLAH
  PENTADBIRAN
  PENDIDIKAN KHAS
  PIBG
  AKADEMIK
  KO-KURIKULUM
  AKTIVITI 2002
  KEJAYAAN
  ASRAMA

  LINK PILIHAN

  PORTAL TUTOR
  CERDIK
  MYKEDAH.COM
  KERAJAAN KEDAH
  CIKGU.NET
  MOE.EDU.MY
  MOE.GOV.MY
  PPK.KPM.MY
  MYMASJID
  SPM SEJARAH
  HOTMAIL
  YAHOO
  WAUMAIL
  Banyak Lagi....

  HIBURAN

  RAIHAN
  RABBANI
  HIJAZ
  UNIC
  FIRDAUS
  IN-TEAM
  SITI NURHALIZA
  LIRIK LAGU
  AL-QURAN
  Banyak Lagi....

  AKHBAR UTAMA

  BERITA HARIAN
  UTUSAN MALAYSIA
  HARIAN METRO
  NST
  THE STAR
  MALAY MAIL
  SUNDAY MAIL
  COMPUTIMES
  BINTANG POPULAR
  E-MEDIA
  Banyak Lagi....
 

 SEJARAH SEKOLAH > MENU > SEJARAH

SEJARAH

    

     

Tanggal 1 januari 1977 merupakan tarikh penting bagi sekolah ini kerana tarikh inilah tertubuhnya sebuah sekolah menengah di kawasan kompleks pendidikan dengan nama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan 19 bilik darjah, 3 makmal sains, 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bengkel masakan, bilik jahitan dan sebuah pusat sumber, bagi menampung seramai 404 orang pelajar, tenaga pengajar seramai 15 orang.

       Tujuan penubuhan sekolah ini di peringkat awal adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar yang pencapaian akademik sederhana di dalam peperiksaan UPSR dan memberi peluang kepada calon-calon swasta yang mendapat A dalam peperiksaan SRP/PMR untuk meneruskan pelajaran mereka di tingkatan 4.

        Pada tahun 1978, sekolah ini memulakan kelas integrasi dengan mengadakan kelas untuk pelajar-pelajar cacat pendengaran.program ini di kendalikan oleh 2 orang guru terlatih dalam bidang berkenaan.pelajar-pelajar cacat pendengaran ini datang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohammad Shariff, Alor Setar dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim.

         Pada 18 september 1982 tercatatlah satu lagi sejarah ini apabila Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Haji Murad Bin Mohd.Noor merasmikan  pembukaan sekolah ini. Mulai tarikh itu sekolah ini di kenali dengan nama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary mengambil sempena menghargai nama tuan empunya tapak tanah sekolah ini.

        Mulai  tahun  1994, dengan keizinan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah , sekolah ini telah memulakan aliran bahasa arab dan rancangan khas. Pada tahun 1995, selah ini sekali lagi telah di pilih sebagai sekolah sukan sambilan . Justeru , sekolah ini agak unik bukan sahaja di negeri kedah dan mungkin juga di seluruh negera kerana mempunyai pelbagai aliran yang di tawarkan.

        Bertitik tolak dari sinilah sekolah ini telah berkembang maju menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum  dan  kokurikulum . Pelbagai kejuaraan telah di tempa .malah ada beberapa orang pelajar ini telah mewakili negara dalam kejohanan orahraga dan bola sepak.dengan pencapaian yang sebegitu rupa di harapkan sekolah ini akan muncul sebagai sekolah yang terbaik antara terbaik,insya-allah.

       Dalam  menuju era teknologi maklumat dan globalisasi maka adalah di harapkan semoga sekolah  yang bernama seindah namanya ini akan melahirkan anak bangsa yang cemerlang , berwawasan dan seimbang dari  segi  mental dan jasmani pada hari-hari muka  kelak.itulah harapan dan doa seluruh warga pendidikan Sekolah Menengah Syed  Mohammed Al-Bukhary.