
        
        Allahyarham 
        Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary
        telah dilahirkan
        ke dunia
        pada tahun 
        1890.Sejak kecil beliau
        mengalami kesempitan
        hidup.Oleh itu,pada
        tahun 1905 dan
        ketika beliau
        berusia 15 tahun,beliau
        telah membuat
        beberapa pekerjaan
        bagi menyambung
        dan menyara
        penghidupan keluarganya.
        
               
        Setelah tamat
        persekolahan, beliau
        berkhidmat sebagai 
        warden di Penjara
        Alor Setar
        iaitu pada
        tahun 1912, sewaktu
        berusia 18 tahun 
        .Pada tahun 1916
        beliau berkahwin
        dengan Puan
        Maimunah bt
        Amin, tetapi
        perkahwinan dan
        penghidupan bersama 
        yang berlangsung dan
        berusia 10 tahun
        itu tidak
        di kurniakan
        cahaya mata,lalu
        beliau berkahwin
        dengan Puan
        Sharifah Zaitun.Dengan
        izin Allah ,beliau
        telah di
        kurniakan 9 orang
        anak 3 lelaki
        dan 6 orang
        perempuan.Anak sulung
        lelaki beliau
        ialah Datuk
        Syed Kechik ,
        di lahirkan
        pada tahun 
        1928.Anak lelaki 
        keduanya ialah Tuan
        Syed Omar, di
        lahirkan dalam
        tahun 1934 dan
        tuan Syed
        Salim ialah
        anak bongsu
        Allahyarham.Beliau 
        pulang ke 
        rahmatullah pada 2 April 1966
        di Alor
        Malai dalam
        usia 82 tahun
        dan di
        kebumikan pada
        keesokan harinya
        di tanah
        perkuburan Masjid
        Alor Malai.
        
                
        Setelah sekian 
        lama menjawat jawatan
        sebagai warden penjara,
        beliau telah
        di naikkan
        pangkat sebagai
        Ketua Penjara
        dalam tahun 
        1926, kerana daya
        kepimpinan ,kejujuran
        dan dedikasi
        dalam menjalankan
        tugasnya beliau
        telah di
        naikkan pangkat
        tersebut walaupun
        pada waktu
        itu beliau
        tidak begitu
        pandai menulis
        dan membaca.Dengan
        berkat taat
        setia,ketekunan 
        ketabahan dan 
        kesungguhan melaksanakan
        tugasnya itu,akhirnya
        beliau dapat
        mengatasi masalah
        penulisan dan
        pembacaan itu.Beliau
        telah berkhidmat
        selama 28 tahun
        dengan Jabatan
        Penjara ,Alor
        Setar dan
        bersara dalam
        tahun 1940.
        
                 
        Semasa pemerintahan
        Jepun,beliau telah
        melibatkan diri
        dalam perniagaan
        bertempat di
        sebuah kedai No. 
        109 , Jalan Langgar 
        ,Alor Setar .Di
        sinilah juga
        tempat beliau
        memberi bimbingan
        dan galakan
        kepada anak-anak
        mengenai selok -belok
        perniagaan. Kini
        anak beliau
        melangkah meneroka
        pelbagai bidang
        perniagaan dalam
        negeri dan
        antarabangsa 
        , menjadi 
        ahli-ahli perniagaan yang
        berjaya. Semasa
        hayatnya beliau
        tidak mensia-siakan
        waktu 
        , masa beliau
        sentiasa di
        penuhi dengan
        kerja.Tidak hairanlah
        dalam usia
        begitu tua ,
        beliau masih
        mampu berkebun
        dan menternak
        di sekitar
        rumahnya.
        
                  
        Sifat-sifat beliau
        semasa hayatnya 
        , suka memberi
        pertolongan kepada
        orang miskin ,
        memberi sumbangan
        bakti membina
        masjid-masjid, memberi
        bantuan kepada
        rumah -rumah
        anak yatim.Masjid
        Alor Malai yang
        tersergam pada
        hari ini ,
        telah di
        bina atas
        usaha dan
        inisiatif beliau
        sendiri . Dalam
        soal 
        ibadat ,
        beliau amat
        mengambil berat,
        beliau tidak
        pernah meninggalkan
        sembahyang Maghrib
        dan subuh .Beliau
        sering membaca 
        Al-Quran .Amalan
        ini di
        lakukan hingga
        akhir hayatnya.
        Beliau
        sempat menunaikan
        fardu haji
        di Mekah
        sebelum beliau
        bersara.
        
                    
        Tuan Haji Syed 
        Mohamed Al-Bukhary juga
        mempunyai sifat-sifat
        kepimpinan yang baik
        sejak kecil
        lagi.Beliau amat
        patuh pada
        disiplin dan
        mempunyai sifat
        kasih mengasihi
        antara satu sama 
        lain dengan tidak
        mengira darjat ,terutama
        orang di
        bawah jagaannya
        iaitu pengawal-pengawal
        penjara dan
        banduan .Ini
        jelas terbukti
        di mana
        pada suatu
        hari sedang
        beliau mengawasi 
        6 orang banduan
        di padang ,
        tiba-tiba beliau
        pitam dan
        tidak sedarkan
        diri.Keenam -enam
        banduan itulah 
        yang membawa beliau
        dan senapangnya
        balik ke
        penjara .Mereka
        tidak sedikit 
        pun cuba untuk
        melarikan diri
        ataupun melakukan
        sesuatu yang menyalahi
        undang-undang .Ini
        kerana mereka
        sayangkan beliau
        dan jasa
        bakti yang telah
        di berikan
        kepada mereka .Sifat-sifat
        mulia bukan
        sahaja menjadi
        ikutan atau
        warisan anak-anak
        beliau , malah
        menjadi teladan
        masyarakat setempat 
        .
        
                    
        Moga -moga Allah
        mencucuri rahmat
        ke atas
        roh Allahyarham
        dan di
        masukkan serta
        di tempatkan
        bersama-sama golongan
        orang-orang yang 
        soleh , 
        AMIN