PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai
Gambaran Negatif.
Kerapkali
masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan
peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda
telah berusaha bersungguh-sungguh
namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu
fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
-
Menyerah
kalah sebelum berjuang.
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya
harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau
dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka
percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan
kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum
ini. Mereka cuba membaca tetapi dengan keyakinan
bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati
setiap fakta yang dibaca.
-
Merasa
belum bersedia.
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang
sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum
cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa
akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan
terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa
malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha
mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini
bermain difikiran.
- Harapan
ibu bapa yang terlalu tinggi.
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan
anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali
menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan
kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu
tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak
hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa,
saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan
melakukan yang terbaik mengikut kemampuan
masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang
anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan
sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun
keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas
diri anak-anak.
Berfikiran
Positif
Bagi
mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah
berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang
perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.
Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi
tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan
sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya
anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai
rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat
anda. Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri
anda.
Dalam
berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
"Sedikit
pencapaian itu lebih baik dari tiada
pencapaian langsung".
"Something
is better than nothing"
Lakukan "Latihan Minda" setiap
hari.
"If
you can't see it, you can't have it".
Kata-kata
di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu
maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam
pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka
8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia
ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar
sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan
kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah
juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan
menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu,
gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk
merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas
gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.
Untuk
membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan
minda seperti dibawah.
-
Duduk
dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan di atas
peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran
dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan
mata anda.
-
Tarik
nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung
dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik,
gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika
nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan
dan kebimbangan.
-
Saya
percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada
kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada
peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan
dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih
satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana ia
berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat
lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat,
dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada
puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu.
Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda.
Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa
perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda
pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang
yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu
kembali.
-
Apabila
perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit
kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit
sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang
langkah 2 - 4 beberapa kali.
-
Kini
pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan
peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas
meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam
dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas
soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca
keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan
bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan
penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah.
Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini
sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah
anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
-
Buka
mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
-
Buatkan
latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya
anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda
dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan
peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua
peha.
Kejayaan
latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda
melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.
Selamat
mencuba!
|