PERSEDIAAN EMOSI
Dalam
saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari
sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang
berikut perlu dielakkan:
- Pertengkaran
dengan rakan-rakan;
- Melakukan
perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
- Cinta
monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
- Bersikap
terlalu yakin - "overconfident";
- Berprasangka
buruk terhadap orang lain;
Ramai
pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu
yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini
menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda
kalau rakan membohongi anda? Anda mungkin serta-merta
menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan
mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil
hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan
berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti
tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada
ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
Kenapa
tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa
melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka
boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara,
biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga.
Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja
anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila
anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati
anda.
Sebenarnya
peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau
paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh
melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua
perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini
ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang
berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda
bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi
anda.
|