--Selamat Datang Ke Laman Web SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2003--
 

 

 

         

  

E-MAIL WEBMASTER

                                                                                            LAMAN UTAMA

  MENU UTAMA

  SEJARAH SEKOLAH
  PENTADBIRAN
  PENDIDIKAN KHAS
  PIBG
  AKADEMIK
  KO-KURIKULUM
  AKTIVITI 2002
  KEJAYAAN
  ASRAMA

  LINK PILIHAN

  PORTAL TUTOR
  CERDIK
  MYKEDAH.COM
  KERAJAAN KEDAH
  CIKGU.NET
  MOE.EDU.MY
  MOE.GOV.MY
  PPK.KPM.MY
  MYMASJID
  SPM SEJARAH
  HOTMAIL
  YAHOO
  WAUMAIL
  Banyak Lagi....

  HIBURAN

  RAIHAN
  RABBANI
  HIJAZ
  UNIC
  FIRDAUS
  IN-TEAM
  SITI NURHALIZA
  LIRIK LAGU
  AL-QURAN
  Banyak Lagi....

  AKHBAR UTAMA

  BERITA HARIAN
  UTUSAN MALAYSIA
  HARIAN METRO
  NST
  THE STAR
  MALAY MAIL
  SUNDAY MAIL
  COMPUTIMES
  BINTANG POPULAR
  E-MEDIA
  Banyak Lagi....
 

 MENU UTAMA >  ALAM PERSEKOLAHANI > PERLU ADA MAKLUMAT (BAHAGIAN 1)

Motivasi Diri:
Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)

Hampir 80% daripada pelajar tidakBS00544_.WMF (9044 bytes) mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat.  Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya?   Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia.  Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein.   Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan.   Sebab, impian akan mendorong tindakan.  Impian mencetus kegigihan.  Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan. 

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan.  Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya  dia,  "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor".  Apa agaknya kata pakcik itu??   "Tahu..pakcik tahuuu".  Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun???  Inilah masalah anda.  Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat.  Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar.   Fikirkan soalan ini.

  • Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
  • Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
  • Kenapa aku mahukannya?
  • Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.

Contoh matlamat:

Apa?
Aku mahu capai 10A1 dalam SPM.
Bila?
Tahun 2003
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.

Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda.  Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat andPE02485_.WMF (6904 bytes)a tapi apa pula tindakan anda?  Pastikan setiap kata dikota.  Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka.  Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?".  Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang.  Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam.  Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!.  Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...