Setiap
pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang
paling sesuai untuk belajar. Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya
dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Ikhlas pada diri anda. Tentukan
sendiri suasana bagaimana yang paling anda gemari. Misalnya, sekiranya anda
seorang pelajar yang gemarkan suasana yang ramai orang, maka perpustakaan
mungkin pilihan terbaik anda. Sekiranyanya pula, anda rimas dengan keadaan
tersebut pilihlah tempat yang sunyi, yang agak terpencil dan jauh dari orang
ramai. Jangan paksa diri anda untuk bersetuju dengan suasana belajar orang
lain. Jangan ke perpustakaan hanya disebabkan semua rakan-rakan belajar di sana.
Anda mungkin ke perpustakaan hanya untuk mencari bahan tetapi untuk belajar ia
tidak semestinya disitu juga.
Suasana dan persekitaran yang
tersusun, kemas, dan bersih membolehkan anda belajar dengan mudah. Ia juga
dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini
membolehkan anda memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan
yang dipelajari. Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga turut
mempengaruhi mood belajar anda. Oleh itu mulalah ubahsuai bilik anda sekarang.
Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang berasingan maka memadailah sekiranya
anda boleh dapatkan satu ruangan atau sudut yang agak terpencil dan jauh dari
gangguan. Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh anda gunakan sebagai
tempat belajar anda. Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang tamu. Terlalu
banyak gangguan dikedua-dua tempat ini disamping menjadi laluan utama setiap
penghuni rumah.
Untuk belajar, anda hanya memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak. Tidak
semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana untuk menghias
dan menyusunnya. Ubah susun atur kerusi dan meja ini setiap tiga bulan.
Mungkin pada awalnya meja menghadap dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia
menghadap tingkap. Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran
yang membuatkan anda rasa seronok untuk belajar. Begitu juga rak buku anda,
letakkannya di tepi, kemudiannya di depan atau di belakang. Lakukan apa sahaja
yang penting anda dapat rasakan keinginan untuk belajar timbul dihati setelah
anda mengubah susun atur perabut ini. Sediakan juga satu ruangan pada dinding,
yang mudah anda lihat, untuk anda pamirkan senarai tindakan anda (to do list),
carta reputasi akademik anda, senarai projek dan jadual perancangan jangka
pendek serta jangka panjang anda.
Ada
diantara pakar kemahiran belajar yang berpendapat bahawa muzik boleh
meningkatkan tumpuan dan keseronokan belajar. Ini disebabkan ia berkait rapat
dengan fungsi otak kanan anda.
Sekiranya anda seorang yang
gemar mendengar radio ketika belajar, maka hentikan tabiat buruk ini.
Gantikannya dengan memainkan lagu-lagu latar berbentuk instrumental. Untuk
kesan yang terbaik, muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana
tinggi agar tidak mengganggu anda. Muzik yang paling sesuai ialah instrumental
klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti Vivaldi, Bach, Bernstain dan
lain-lain. Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60
bit seminit. Iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda ketika rehat.
Dengan Muzik |
Tanpa Muzik |
- Denyutan dan tekanan darah menurun.
- Gelombang otak perlahan.
- Otot-otot rileks.
|
- Denyutan dan tekanan darah meningkat.
- Gelombang otak pantas.
- Otot-otot tegang.
|
Gantungkan gambar-gambar kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian
anda di ruangan bacaan tersebut. Gambar-gambar ini mungkin kejayaan anda dalam
sukan atau peraduan-peraduan tertentu. Ia akan mengingatkan anda bahawa anda
boleh berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda. Gambar tersebut
membuktikan yang anda pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya
pula dalam bidang pelajaran.
Gantungkan juga katajaya-katajaya yang memberikan anda rangsangan yang positif.
Anda mungkin mahu memetik kata-kata yang diperolehi dalam kursus Motivasi Alihan
Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat.