Lebih kurang 25 tahun yang lalu, iaitu
1974, masyarakat melayu telah gempar dengan lahirnya seorang anak
melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir
kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah
sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan
teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia
sebegini.
Tetapi pada 25 tahun yang lalu, diawal
70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan.
Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke kampungnya
untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya
pelakun kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri
Hadapi Aziz ini. Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak maka
tidak hairanlah kalau hari ini beliau menjadi doktor atau pensyarah
muda. Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi
digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja
sebagai pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket
kecil ganja. Beliau telah
didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983).
Inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan 25 tahun yang silam.
Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh
sekali dari dikatakaan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari
ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau.
Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah
lelaki ini? Jauh sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah
terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap.
Pastinya
lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti
ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga telah berlaku,
sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain.
Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar
cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin
waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini.
Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A
dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka
sekadar berpuashati dengan Gred 2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih
teruk sehingga mendapat SAP.
Persoalannya adakah mereka yang gagal
dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Atau mereka tidak tahu
yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi
nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada
ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas
berusaha. Sentiasa tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka
ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan JE boleh
membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan dan masa
depan.
Bagaimana
sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari
melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain,
sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir
seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza
akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa
atau persekitaran. Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan
mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang
dipelajari dan ditiru. Antara sumber-sumbernya ialah:
-
Orang sekeliling - Ibu bapa,
guru-guru, rakan-rakan, idola
-
Pengaruh media - TV, radio, internet
-
Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar,
buku-buku.
-
Persekitaran - Agama, bangsa,
kebudayaan
-
Peristiwa silam - besar atau kecil
-
Pengalaman
Sebab itulah ada pepatah yang
mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis panas baran maka
anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak
berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup
mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar.
|
|
|
Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia
dapat menilai bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Dalam
keadaan ini, pengaruh guru lebih besar atas diri anak ini dalam
konteks tersebut. Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah
laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada
gabungan pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak,
malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan
dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari
orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka
mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu bapa
macam rakan.
Satu kelemahan otak ialah ia menerima
segala maklumat yang dilihat dan didengar ini, sama ada positif atau
negatif, tanpa sekatan. Apabila maklumat yang sama diterima
berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan
dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara
orang lain ini. Keadaan ini berlaku di bawah kesedaran seseorang.
Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam
pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita
menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.
Bolehkah sikap
diubah? Sikap yang negatif
boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda
membonceng motisikal rakan. Rakan anda membawa motisikal dengan laju
dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan
dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda
berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa
motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi
pengalam tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara
fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta.
Sebenarnya untuk
berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang
sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta
kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti
dilakukan. Setelah anda membuat keputusan, perubahan berlaku serta
merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan
syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong
kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan
maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Sekiranya
anda seorang pelajar, kursus
Motivasi
Alihan Pelajar salah satu tempat yang terbaik untuk anda
mendapatkan maklumat ini.
Ramai yang tidak
menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk
disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga
mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.
Untuk berubah sikap,
setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat,
dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang
baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh
seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah
sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi
diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah
ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh
dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan
yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Kalau
anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga
pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang.
Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan
fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda
gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula
dialam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu
perlu dilakukan sekarang! Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya,
"tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah
apa yang ada dalam diri mereka sendiri". |
|