Sejarah bermula kelas pendidikan
khas cacat pendengaran ini bermula pada tahun 1960-an lagi. Pada peringkat
awalnya (sekolah rendah) ianya mula bertapak di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok
Baru.
Seterusnya pendidikan sekolah
menengah khas mula di buka pada tahun 1978 di sekolah Menengah Kompleks dengan
15 orang pelajar pada awalnya. Tetapi ketika ini para pelajar masih lagi
menggunakan asrama Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru.
Pada tahun 1989 asrama pelajar khas
menengah telah dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru ke bangunan
sementara Taman Rakyat Jalan Sultanah. Pada 1990, pelajar khas menengah
berpindah ke asrama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary.
Pada 1.1.1998 asrama pelajar sekali
lagi dipindahkan ke bangunan Sekolah Rendah Pendidikan Jabi yang dikenali
sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary (cawangan).
Pada awalnya iaitu 1960-an seramai 3
orang tenaga pengajar telah memulakan kelas perintis pendidikan khas masalah
pendengaran di Sekolah kebangsaan Sungai Korok Baru. Setelah bermulanya kelas
menengah pada tahun 1978, tenaga pengajar telah bertambah kepada 6 orang.
Seterusnya pada era 1990-an tenaga pengajar telah bertambah dengan banyaknya,
misalnya pada ketika ini jumlah guru yang sedang bertugas di Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary (cawangan) adalah seramai 17 orang.
Antara matlamat asal penubuhan kelas
pendidikan khas masalah pendengaran ialah untuk memberi peluang pendidikan
kepada pelajar-pelajar yang terlibat dan mendekatkan diri mereka dengan
persekitaran masyarakat. Selain daripada itu, dengan adanya sekolah masalah
pendengaran memberi peluang kepada ibu-bapa untuk mengantar anak-anak mereka di
sekolah yang hampir tempat tinggal mereka.