| 
      ghgh 
      Tanggal 
      Ogos 1998, Al-Bukhary kembali bergema dengan jentera jentolak, piling, dan 
      berbagai-bagai kerja pembinaan. 
      Akhirnya disember 2000 terdirilah 2 blok 
      asrama dua tingkat serta dewan makan. 
      Isnin, 1 
      Januari 2001, blok asrama ini mula mempunyai penghuni yang yang terdiri 
      daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 Smk Syed Mohamed Al-Bukhary 
      seramai 200 orang.blok pelajar lelaki di beri nama Saidina Hamzah manakala 
      blok pelajar perempuan di beri nama Saidatina Siti Khadijah. 
      Asrama 
      ini di bina mengikut keperluan asas iaitu di lengkapi dengan bilik bacaan, 
      bilik tidur, bilik sakit, bilik seterika,bilik sembahyang, bilik wudhuk,  
      dewan makan, stor sukan, serta tandas pada setiap blok. 
      Bagi 
      melicinkan pentadbiran  dan kehidupan di asrama, pihak sekolah telah 
      memberi amanah kepada Ustaz Mohd Zaki Bin Ali sebagai ketua warden , Ustaz 
      Noh Bin Idris, Cikgu Sobri Bin Yusoff, Cikgu Cik Khatijah Bt Hassanar 
      sebagai warden.Manakala Cik Rosnani Taib serta Cik Nazwani Bt Nazri 
      sebagai peyeia asrama. 
      Berkat 
      kegigihan dan keprihatinan Tn. Pengetua, En Abd Rahman Bin Abd Raof, 
      asrama ini tidak kekok menerima pelbagai pengunjung baik dari waris 
      mahupun orang kenamaan serta pelajar-pelajar dari sekolah lain kerana 
      kecantikan hiasan dalaman dan luaran. 
      Antara 
      pengunjung kenamaan yang menjadi tetamu asrama ini ialah rombongan 
      pengetua dari Johor, Timbalan Pengarah Pendidikan .Asrama SMKSMAB terus 
      unggul bersama keprihatinan tuan pengetua, para warden, penyelia, para 
      pelajar, dan seluruh warga al-Bukhary.Kini 
      al-bukhary sudah boleh tersenyum kerana mempunyai asrama yang cantik di 
      samping peningkatan dalam bidang akademik.     |