Kejayaan bukanlah suatu misteri
yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi
kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu
kejayaan itu mampu direalisasikan.
Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang
pertama, anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa anda, apa yang
anda capai dan dimana anda berada hari ini. Anda perlu menerimanya, walaupun
pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekiranya anda tidak
mencapai apa yang anda inginkan maka andalah yang bersalah, kalau bukan anda
maka siapa lagi? Maknanya kalau anda tidak mengawal haluan hidup anda maka
orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri anda.
Hanya dengan anda mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah anda boleh
menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu yang anda punya
pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap hari. Ingat, "Hanya anda
sahaja yang boleh mengubah hidup anda, bukan orang lain".
Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam
goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara
pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa
cukup kecewa. Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap
jumlah kecil yang diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan
resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat
beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa??
Tidakkk...
beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang
ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata
tidakkk... Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan
tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya
dengan harga US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar.
Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa
dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang
bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol.
Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata.
Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan kali
seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai
pelajar sekolah yang apabila menyelesaikan masalah matematik, sains dan
lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak
sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha anda yang impikan kejayaan? Ingatlah
setiap masalah itu datang dengannya penyelesaian. Setiap cabaran itu datang
dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali,
sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali...
Sedikit perbezaan membawa hasil besar.
Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain
bukanlah bermakna anda perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat atau lebih
bijak dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka sekeliling
anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima
kenyataan hidup. Fokuskan minda anda untuk lebih baik sedikit daripada manusia
biasa. Ini membolehkan anda memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak
terfikir oleh manusia biasa.
Cuba perhatikan peristiwa
dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang memenangi tempat pertama
akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat
RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih
besar dari kuda yang kedua. Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda
lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih
bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh
orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja
TIDAK. Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja
ke garisan penamat. Ada ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk menentukan
pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua.
tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar!
Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit dari orang
sekeliling anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Persepsi membentuk diri. Yang ketiga
ialah persepsi anda. Iaitu bagaimana anda melihat sesuatu yang berlaku terhadap
anda dan disekeliling anda. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada
pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila anda memilih
untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapa
pun yang boleh menghalang kehendak anda. Persepsi anda terhadap sesuatu natijah
pastinya mempengaruhi emosi anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan anda
dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut.
Turutan ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.
Dalam
rajah ini, emosi anda terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap anda bergantung
kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa perasaan anda apabila
rakan anda tidak menunaikan janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup
penting? Saya yakin anda akan marah dan kecewa. Ini disebabkan anda fikir
bahawa rakan anda tidak boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka
menyusahkan orang lain dan sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir anda
sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-jangan ada yang
jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi anda sekarang? Adakah anda masih
marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi anda kini berubah menjadi risau dan
bimbang. Tindakan yang anda ambil bergantung kepada emosi anda. Emosi yang
terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir anda. Akhirnya hasil yang anda
perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir
atau persepsi anda. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara fikir yang
menguntungkan anda. Yang membuatkan anda kelihatan hebat. Islam sendiri
melarang kira berburuk sangka dan banyak bersabar. Ingat setiap apa yang
berlaku mengandungi hikmah Allah yang tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang
yang bertindakbalas secara spontan kepada keadaan dan persekitaran. Sebab
tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan anda.
Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran anda
adalah kehidupan yang akan anda tempuhi. Ada orang tetap bersemangat walaupun
berpuluh kali gagal sebab mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya
pengajaran yang cukup bermakna. Ubah cara fikir anda. Ubah perancangan dan
tindakan anda. Setiap kali gagal, cuba SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.
Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang anda
perlu lakukan ialah berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk menjadi
manusia luar biasa. Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti
kisah lumba kuda tadinya