-
Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh
guru terdahulu sebelum
memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru
maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan
ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar
lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda
akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
-
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru
nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca
sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara
tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
-
Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.
Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
-
Jangan alih mata anda dari melihat guru dan
lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
-
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan
kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih
penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya
tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah
peperiksaan kelak.
-
Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah
perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke
dalam bentuk gambaran minda.
-
Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda
sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh
guru.
-
Catat setiap perkara yang anda tidak faham.
Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh
perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana?
Kenapa? Bagaimana?
-
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau
gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat
tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk
memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang
lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah
anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.
-
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari
rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika
kelas berjalan.
- Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari
apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa
yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas