|
MENU UTAMA
>
SUDUT MOTIVASI > (PETUA 4) BERKAWAN DENGAN ORANG BERJAYA |
Petua
4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya |
Rasulullah
s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal
seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya".
Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif,
bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang
tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya
ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.
Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan
dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya
akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka
sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan
kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya
anda perlu berkawan dengan mereka yang
berjaya juga. Belajar dari
pengalaman dan pengetahuan mereka.
Belajar tentang cara mereka membentuk
personaliti mereka dikalangan
masyarakat. Orang yang berjaya
selalunya mempunyai personaliti yang
mengkagumkan. Personaliti ini
bukannya semula jadi sebaliknya mereka
berusaha membinanya. Anda juga
boleh melakukan perkara yang serupa.
|
|
|