Minat. Untuk mengingati sesuatu
fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya. Anda mesti
mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya. Fikirkan langkah-langkah yang
boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika
berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada
satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk
memperbaiki diri anda demi masa depan anda. Langkah-langkah seperti berikut
boleh membantu:
-
Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran
tersebut.
-
Kenali guru
anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan
keburukan-keburukannya
-
Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai
mata pelajaran tersebut. Mulakan sedikit dahulu, apabila anda menguasai,
walaupun sedikit, anda akan mula lihat bahawa anda punya potensi untuk
pergi lebih jauh. Minat mula berputik
-
Cari jalan
untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa memerlukan
anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut
Berhasrat Untuk Mengingatinya.
Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati sesuatu fakta. Berfikir secara
positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh mengingatinya. Amalkan
sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya sekarang, bukan
esok bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu:
-
Anggapkan
bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya ialah
RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
-
Rekodkan pada
sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda melayang.
Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda melazimkan
minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan.
-
Apabila
membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis
sebenarnya tidak ada dihadapan anda).
-
Ketika guru
mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika berpeluang.
Pengetahuan Asas. Pemahaman anda
tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada sejauh mana pengetahuan anda
tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga subjek-subjek yang berkaitan
dengannya. Lagi mantap pengetahuan asas anda, lagi mudah anda menguasai
subjek yang baru dipelajari.
Tip:
Lagi banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk
anda lebih mengetahui tentangnya.
Langkah-langkah
yang boleh diambil:
-
Buat imbasan sebelum mempelajari pelajaran /
tajuk baru (Lihat bahagian membaca kritikal).
-
Baca bahan
sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu memahaminya.
Ini akan menjadi pengetahuan asas untuk anda.
-
Mulakan dari
yang mudah kepada yang susah. Jangan abaikan perkara asas walaupun nampak
mudah.
-
Lakukan usaha
pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam internet dan
sebagainya.
Pemilihan. Anda mesti mampu menilai
bahagian mana yang lebih penting dan pilih bahagian tersebut untuk didalami.
Minda tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya subjek baru dalam sesuatu masa.
Minda juga mempunyai had untuk mencerap perkara baru. Oleh itu pilihlah
perkara yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari sini anda
boleh mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang telah
dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda.
Pengecilan Saiz Maklumat. Anda boleh
belajar dan mengingati fakta dengan lebih baik sekiranya anda mampu
mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan tertentu yang
lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian).
Recitation. Menyebut fakta atau ide dengan
suara yang boleh didengari oleh telinga anda mempercepatkan maklumat
dipindah dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Penyebutan
berhasil kerana beberapa sebab:
Anda tahu anda perlu menyebutnya dengan
menggunakan ayat sendiri, maka anda akan berikan lebih tumpuan. Anda juga
meningkatkan hasrat untuk mengingatinya.
Anda mendapat
maklumbalas segera sama ada anda mampu mengeluarkan semula maklumat tersebut.
Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek maka anda juga pasti boleh
menerang dan mengajarkannya semula.
Apabila anda
mendengar setiap patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak yang lain
untuk memproses maklumat.
Tip :
-
Gunakan kad kecil.
-
Setiap kali
habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada diri
anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda
sendiri.
-
Dapatkan
rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.
Leceh? Memang
melecehkan tetapi jauh lebih baik daripada anda membaca tetapi tidak faham
dan tidak ingat.
Gambaran Minda.
Ini adalah prinsip memori yang sangat penting.
Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan setiap fakta yang anda mahu ingat.
Dengan menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan
membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar,
tukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya
minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk
meningkatkan ingata anda perlu melakukan usaha sendiri untuk
menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% dari apa yang kita lihat
daripada apa yang kita dengar. Walau bagaimana rumit sekali pun cuba
dapatkan ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari. Tanya diri
anda soalan berikut:
-
Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau
graf?
-
Bolehkan anda melakar atau melukis?
-
Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda?
-
Bolehkan dihasilkan peta minda?
Association.
Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama sekiranya sesuatu yang mahu diingati
itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan dengan sesuatu yang anda ketahui
sebelum ini.
Consolidation.
Minda anda memerlukan masa untuk maklumat baru tersimpan. Apabila anda
membuat nota dan mengimbas semula serta merta setelah tamatnya kelas
bermakna anda telah membolehkan maklumat tersimpan lebih lama. Memori
jangka pendek hanya mampu menyimpan 5 hingga 7 maklumat sahaja dalam sesuatu
masa. Sekiranya maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang
maka potensi untuk anda lupa adalah tinggi. Anda biasanya didatangkan
dengan begitu banyak maklumat ketika belajar. Oleh itu anda perlu
menggunakan kaedah dibawah bagi mengekalkan maklumat-maklumat tersebut.
-
Membuat nota.
-
Bertanya soalan dalam kelas.
-
Mengimbas semula nota.
-
Berhenti disetiap perenggan dan tuliskan soalan
atau soal diri anda apa yang telah anda pelajari.
-
Membuat gambaran minda.
-
Menyebut kembali apa yang dibaca dalam ayat
sendiri.
-
Membuat kad kecil.
-
Menguji diri dengan kuiz atau soalan.
Mengagih Latihan.
Beberapa siri sessi belajar yang pendek adalah lebih baik dari satu sessi
belajar yang panjang. Pendekatan ini perlu digunakan untuk mata pelajaran
yang anda sukar fahami atau sukar dikuasai. Sebab minat anda tentang mata
pelajaran ini kurang atau tiada langsung sedangkan mata pelajaran tersebut
penting.
Mengagih masa latihan memberikan masa untuk
maklumat dicerap dan disimpan. Ia juga membolehkan anda membina
pengetahuan asas tentang pelajaran tersebut. |