-
Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada
3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar
sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini
bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh,
2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar
anda 6 jam sehari.
-
Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah
berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya
bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan
tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5
minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar,
cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.
-
Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti
belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan
membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta
minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
-
Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu
besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu
menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya,
meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak
realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat
lebih munasabah dan boleh dicapai.
-
Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan
tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini
maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi
membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
-
Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists)
pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.
Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah
disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things
first".
-
Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.
Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang
telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.
-
Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya
mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
-
Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1
jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
-
Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa
belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat.
-
Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa
yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk
kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini
anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan
pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
-
Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1
jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam
setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?
Kalau anda
ditakdirkan hidup selama 90 tahun, anda menghabiskan 30 tahun dari usia anda
hanya untuk tidur