Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang
tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa
yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya
mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan
bagaimana cara untuk mengatasinya.
Tidak
cukup tidur. Ini
memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar
disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul
1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.
Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang
tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini
masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup
anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang
sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda
juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah
pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.
Tidur
yang berlebih-lebihan.
Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur
yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur
lebih dari tempoh waktu ini.
Makan
terlalu banyak. Ini
juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda
terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan
banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah
mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.
Badan
terlalu letih. Ada
ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan
aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan
semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah
secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan.
Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah
keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah dan
senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki
matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada
waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah
mencukupi.
Ada pula
sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang
berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan
ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga
memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling
anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang
sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati
sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.
Oleh itu
pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan
penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan
anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.
Tiada
minat belajar.
Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya
pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah
yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam
diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu
seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang
tinggi dan sebagainya.
|