|
MENU UTAMA
>
SUDUT MOTIVASI > MEMBACA SECARA BERKESAN |
Membaca Secara Berkesan |
Membaca
adalah satu proses yang
sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.
Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk.
Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu,
kurang minat, mengantuk dan sebagainya.
Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa
malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu
dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan
ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan
dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum
Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk
memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
-
Pilih masa
belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai
ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan.
Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang.
Wastu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk
belajar.
-
Pilih suasana
yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih,
nyaman, tenang dan tersusun.
-
Pastikan
kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih
kurang satu kaki dari mata.
-
Mulakan dengan
bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
Pelbagai
Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung
kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.
-
Membaca untuk
hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak
memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang
biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan
sebagainya.
-
Membaca untuk
mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda
membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu
sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi
mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu
merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan
maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek
muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi
menyaring maklumat yang ada.
- Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu
apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan
sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul
ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan
pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak
membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami
isi kandungan yang dibaca.
Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
- Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara
yang berikut.
Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan
perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta,
radas,gambar dan sebagainya.
Lihat soalan-soalan yang ada termasuk
soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang
timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
-
Baca pendahuluan dan kemudian baca
bahagian kesimpulan / penutup.
-
Baca secara terperinci, ayat demi ayat,
perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam
bentuk gambaran minda.
-
Jangan pindah perenggan selagi anda
tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan
anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa
kali sekiranya perlu.
-
Gariskan fakta-fakta penting.
Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
-
'Highlight' setiap kata kunci.
-
Gunakan kod warna misalnya warna kuning
untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
-
Yakinkan diri anda yang anda mampu
menguasai bahan yang dibaca.
-
Setelah habis satu perenggan, tutup buku
dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah
anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas
dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta
minda atau peta konsep.
|
|