Jaring
perkenal kad Internet pra-bayar
KUALA LUMPUR, 25
Julai- Penyedia Khidmat Internet pertama negara, Jaring hari ini
melancarkan kad Internet pra-bayar untuk pengguna yang inginkan
perkhidmatan yang pantas dan selamat untuk melayari Internet. Produk yang
dikenali sebagai Jaring Starter Pack adalah satu lagi cara untuk pengguna
Internet secara Dial-up mendapatkan akses Internet.
Starter Pack yang
dilengkapi keperluan pengguna Internet ini mengandungi cakera padat
pemasangan, kad Start-up, akaun emel, perkhidmatan pengimbas virus emel
dan perisian tembok api (firewall) peribadi, dijual dengan harga
RM30 setiap satu dengan 50 jam jumlah akses Internet.
Perkhidmatan yang
diperkenalkan ini dapat membantu pengguna merancang perbelanjaan mereka
semasa melayari Internet di samping lebih mudah digunakan.
Menurut Ketua Pegawai
Eksekutif Jaring, Dr. Mohamed bin Awang Lah, “Pakej mudah-guna ini
ditujukan kepada para pelayar Internet muda dan individu-individu yang
mahukan cara yang lebih senang untuk meggunakan Internet. Ini juga adalah
cara lebih mudah untuk menambah kredit di dalam akaun mereka dengan
menggunakan kad reload atau kad kredit menerusi sistem pembayaran online
oleh Jaring pada bila-bila masa."
Menurut beliau juga,
perkhidmatan baru ini adalah sangat sesuai untuk ahli-ahli perniagaan yang
kerap bergerak, para pelancong dan sesiapa sahaja yang perlu menggunakan
Internet dengan kos yang minimal.
Jaring Starter Pack
mempunyai dua komponen utama iaitu kad Start-up dan CD Pemasangan.
Start-up kad mengandungi nama pengguna, kata laluan sementara dan ID
pelanggan sementara CD pemasangan pula didatangkan bersama dua aplikasi
sekuriti untuk keselamatan pengguna ketika melayari Internet.
Pengguna juga akan
dapat menggunakan Internet dengan segera, satu akaun e-mail yang
menggunakan alamat
namapengguna@myjaring.net berserta nama dan kata laluan sendiri dan
mereka boleh menggunakan web browser yang biasa bagi membaca, menulis dan
menghantar emel.
Perisian tembok api
peribadi yang disertakan ini mudah digunakan dan ia mampu menghalang
komputer peribadi (pc) pengguna daripada diceroboh semasa sedang melayari
Internet. Ia telah direkabentuk khas untuk dijadikan salah satu perisian
tembok api yang paling mudah digunakan di pasaran dan mampu memenuhi
keperluan pengguna.
Selain perisian
tembok api, Jaring turut menyediakan perkhidmatan pengimbas virus emel
tambahan yang
ditawarkan secara ekslusif kepada pengguna Internet dial-up. Ia turut
didatangkan bersama Starter Pack untuk tempoh percubaan selama 30 hari.
Melalui perkhidmatan ini, Jaring akan menjaga sekuriti emel pengguna
dengan mengimbas semua fail yang dilampirkan sama ada semasa menerima
ataupun menghantar emel. Proses ini akan dibuat setiap hari oleh pihak
Jaring bagi memastikan emel pengguna bebas daripada sebarang virus di
dalam peti emel.
Jaring Starter Pack
ini akan akan dijual di semua cawangan Pos Malaysia, Anjung Mimos dan di
lebih 8 000
wakil jualan Jaring yang sah di seluruh negara. Pengguna Starter Pack
ini juga disarankan mengisi borang pendaftaran di talian untuk mendapatkan
hadiah percuma dan peluang untuk menyertai peraduan sempena ulang tahun
ke-10 Jaring.
|