Make your own free website on Tripod.com
--Selamat Datang Ke Laman Web SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2003--
 

 

 

         

  

E-MAIL WEBMASTER

                                                                                            LAMAN UTAMA

  MENU UTAMA

  SEJARAH SEKOLAH
  PENTADBIRAN
  PENDIDIKAN KHAS
  PIBG
  AKADEMIK
  KO-KURIKULUM
  AKTIVITI 2002
  KEJAYAAN
  ASRAMA

  LINK PILIHAN

  PORTAL TUTOR
  CERDIK
  MYKEDAH.COM
  KERAJAAN KEDAH
  CIKGU.NET
  MOE.EDU.MY
  MOE.GOV.MY
  PPK.KPM.MY
  MYMASJID
  SPM SEJARAH
  HOTMAIL
  YAHOO
  WAUMAIL
  Banyak Lagi....

  HIBURAN

  RAIHAN
  RABBANI
  HIJAZ
  UNIC
  FIRDAUS
  IN-TEAM
  SITI NURHALIZA
  LIRIK LAGU
  AL-QURAN
  Banyak Lagi....

  AKHBAR UTAMA

  BERITA HARIAN
  UTUSAN MALAYSIA
  HARIAN METRO
  NST
  THE STAR
  MALAY MAIL
  SUNDAY MAIL
  COMPUTIMES
  BINTANG POPULAR
  E-MEDIA
  Banyak Lagi....
 

 SEJARAH SEKOLAH > MENU> PENGASAS

 

PERSEJARAHAN RINGKAS ALLAHYARHAM TUAN SYED MOHAMED AL-BUKHARY

Allahyarham Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary telah dilahirkan ke dunia pada tahun 1890.Sejak kecil beliau mengalami kesempitan hidup.Oleh itu,pada tahun 1905 dan ketika beliau berusia 15 tahun,beliau telah membuat beberapa pekerjaan bagi menyambung dan menyara penghidupan keluarganya.

        Setelah tamat persekolahan, beliau berkhidmat sebagai warden di Penjara Alor Setar iaitu pada tahun 1912, sewaktu berusia 18 tahun .Pada tahun 1916 beliau berkahwin dengan Puan Maimunah bt Amin, tetapi perkahwinan dan penghidupan bersama yang berlangsung dan berusia 10 tahun itu tidak di kurniakan cahaya mata,lalu beliau berkahwin dengan Puan Sharifah Zaitun.Dengan izin Allah ,beliau telah di kurniakan 9 orang anak 3 lelaki dan 6 orang perempuan.Anak sulung lelaki beliau ialah Datuk Syed Kechik , di lahirkan pada tahun 1928.Anak lelaki keduanya ialah Tuan Syed Omar, di lahirkan dalam tahun 1934 dan tuan Syed Salim ialah anak bongsu Allahyarham.Beliau pulang ke rahmatullah pada 2 April 1966 di Alor Malai dalam usia 82 tahun dan di kebumikan pada keesokan harinya di tanah perkuburan Masjid Alor Malai.

         Setelah sekian lama menjawat jawatan sebagai warden penjara, beliau telah di naikkan pangkat sebagai Ketua Penjara dalam tahun 1926, kerana daya kepimpinan ,kejujuran dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya beliau telah di naikkan pangkat tersebut walaupun pada waktu itu beliau tidak begitu pandai menulis dan membaca.Dengan berkat taat setia,ketekunan ketabahan dan kesungguhan melaksanakan tugasnya itu,akhirnya beliau dapat mengatasi masalah penulisan dan pembacaan itu.Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Jabatan Penjara ,Alor Setar dan bersara dalam tahun 1940.

          Semasa pemerintahan Jepun,beliau telah melibatkan diri dalam perniagaan bertempat di sebuah kedai No. 109 , Jalan Langgar ,Alor Setar .Di sinilah juga tempat beliau memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak mengenai selok -belok perniagaan. Kini anak beliau melangkah meneroka pelbagai bidang perniagaan dalam negeri dan antarabangsa , menjadi ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Semasa hayatnya beliau tidak mensia-siakan waktu , masa beliau sentiasa di penuhi dengan kerja.Tidak hairanlah dalam usia begitu tua , beliau masih mampu berkebun dan menternak di sekitar rumahnya.

           Sifat-sifat beliau semasa hayatnya , suka memberi pertolongan kepada orang miskin , memberi sumbangan bakti membina masjid-masjid, memberi bantuan kepada rumah -rumah anak yatim.Masjid Alor Malai yang tersergam pada hari ini , telah di bina atas usaha dan inisiatif beliau sendiri . Dalam soal ibadat , beliau amat mengambil berat, beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang Maghrib dan subuh .Beliau sering membaca Al-Quran .Amalan ini di lakukan hingga akhir hayatnya. Beliau sempat menunaikan fardu haji di Mekah sebelum beliau bersara.

            Tuan Haji Syed Mohamed Al-Bukhary juga mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik sejak kecil lagi.Beliau amat patuh pada disiplin dan mempunyai sifat kasih mengasihi antara satu sama lain dengan tidak mengira darjat ,terutama orang di bawah jagaannya iaitu pengawal-pengawal penjara dan banduan .Ini jelas terbukti di mana pada suatu hari sedang beliau mengawasi 6 orang banduan di padang , tiba-tiba beliau pitam dan tidak sedarkan diri.Keenam -enam banduan itulah yang membawa beliau dan senapangnya balik ke penjara .Mereka tidak sedikit pun cuba untuk melarikan diri ataupun melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang .Ini kerana mereka sayangkan beliau dan jasa bakti yang telah di berikan kepada mereka .Sifat-sifat mulia bukan sahaja menjadi ikutan atau warisan anak-anak beliau , malah menjadi teladan masyarakat setempat .

             Moga -moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan di masukkan serta di tempatkan bersama-sama golongan orang-orang yang soleh , AMIN