Make your own free website on Tripod.com
--Selamat Datang Ke Laman Web SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2003--
 

 

 

         

  

E-MAIL WEBMASTER

                                                                                            LAMAN UTAMA

  MENU UTAMA

  SEJARAH SEKOLAH
  PENTADBIRAN
  PENDIDIKAN KHAS
  PIBG
  AKADEMIK
  KO-KURIKULUM
  AKTIVITI 2002
  KEJAYAAN
  ASRAMA

  LINK PILIHAN

  PORTAL TUTOR
  CERDIK
  MYKEDAH.COM
  KERAJAAN KEDAH
  CIKGU.NET
  MOE.EDU.MY
  MOE.GOV.MY
  PPK.KPM.MY
  MYMASJID
  SPM SEJARAH
  HOTMAIL
  YAHOO
  WAUMAIL
  Banyak Lagi....

  HIBURAN

  RAIHAN
  RABBANI
  HIJAZ
  UNIC
  FIRDAUS
  IN-TEAM
  SITI NURHALIZA
  LIRIK LAGU
  AL-QURAN
  Banyak Lagi....

  AKHBAR UTAMA

  BERITA HARIAN
  UTUSAN MALAYSIA
  HARIAN METRO
  NST
  THE STAR
  MALAY MAIL
  SUNDAY MAIL
  COMPUTIMES
  BINTANG POPULAR
  E-MEDIA
  Banyak Lagi....
 

 MENU UTAMA > MINGGU ICT DIPERLUAS KE LEMBAH KLANG

Minggu ICT perlu diperluas ke luar Lembah Klang

MINGGU Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (ICT) yang berlangsung baru-baru ini, mengumpulkan banyak pemain utama dalam industri ICT antarabangsa dan tempatan, sekali gus menjadi perhimpunan terbesar untuk mempamerkan produk dan penyelesaian terkini dalam bidang berkenaan.

Minggu ICT Malaysia menarik sejumlah 418 peserta pameran, peningkatan 36 peratus berbanding tahun lalu di samping 20,000 pengunjung dan anggota perwakilan yang melawat dan menyertai pelbagai persidangan dan pameran.

Peserta pameran berkenaan ialah 60 peratus wakil tempatan dan 40 peratus wakil luar negara, termasuk syarikat utama seperti Acer, Celcom, DiGi, Ericsson, Fujitsu dan Telekom Malaysia.

Ekspo anjuran Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Multimedia Development Corp Sdn Bhd (MDC) dan Majlis Teknologi Maklumat Negara, adalah untuk memperkenalkan penggunaan pakai teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan e-dagang dalam kegiatan ekonomi negara, katanya, Ekspo E-Dagang Kebangsaan diadakan selama empat hari mulai 3 September lalu di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, Serdang.

Antara yang menarik mengenai ialah pameran e-dagang iaitu Pusat E-niaga yang menampilkan komunikasi elektronik kepada inisiatif perdagangan elektronik (e-dagang) kerajaan dan sektor swasta.

Tema pameran ialah Komunikasi, Multimedia dan Anda, mengundang banyak persoalan. Walaupun mempamerkan pelbagai aplikasi yang dikatakan baru, ia seperti juga pameran ICT lain yang banyak mengundang vendor komputer antarabangsa untuk menunjukkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Hanya aplikasi perdana seperti kad pintar MyKad yang sudah beroperasi manakala selebihnya masih lagi pada peringkat percubaan.

Pameran dan persidangan berkenaan perlu diperluaskan ke seluruh negara. Walaupun, sebelum ini kerajaan sudah mengadakan kempen kesedaran IT anjuran Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan bertujuan meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai IT.

Agensi terbabit perlu mengikis tanggapan orang ramai bahawa aplikasi yang dihasilkan bersifat elitis, hanya dibangunkan untuk segelintir golongan di negara ini.

Sebaliknya, hasrat kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah menyokong Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Bagi mencapai status negara maju, kerajaan bercadang menggunakan ICT untuk mewujudkan masyarakat kaya maklumat yang mana maklumat akan menjadi senjata strategik bagi memajukan negara. Oleh itu, aplikasi ICT amat penting untuk membenarkan maklumat dicapai pada bila-bila masa dan di mana saja.

Apa yang penting sekarang, ialah seperti yang dinyatakan dalam tema Minggu ICT Kebangsaan tahun ini, komunikasi, multimedia dan anda; aspek komunikasi dan multimedia berjaya ditonjolkan tetapi aspek anda (baca sebagai orang ramai yang menjadi pengguna aplikasi berkenaan) masih kabur.