Make your own free website on Tripod.com
--Selamat Datang Ke Laman Web SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2003--
 

 

 

         

  

E-MAIL WEBMASTER

                                                                                            LAMAN UTAMA

  MENU UTAMA

  SEJARAH SEKOLAH
  PENTADBIRAN
  PENDIDIKAN KHAS
  PIBG
  AKADEMIK
  KO-KURIKULUM
  AKTIVITI 2002
  KEJAYAAN
  ASRAMA

  LINK PILIHAN

  PORTAL TUTOR
  CERDIK
  MYKEDAH.COM
  KERAJAAN KEDAH
  CIKGU.NET
  MOE.EDU.MY
  MOE.GOV.MY
  PPK.KPM.MY
  MYMASJID
  SPM SEJARAH
  HOTMAIL
  YAHOO
  WAUMAIL
  Banyak Lagi....

  HIBURAN

  RAIHAN
  RABBANI
  HIJAZ
  UNIC
  FIRDAUS
  IN-TEAM
  SITI NURHALIZA
  LIRIK LAGU
  AL-QURAN
  Banyak Lagi....

  AKHBAR UTAMA

  BERITA HARIAN
  UTUSAN MALAYSIA
  HARIAN METRO
  NST
  THE STAR
  MALAY MAIL
  SUNDAY MAIL
  COMPUTIMES
  BINTANG POPULAR
  E-MEDIA
  Banyak Lagi....
 

 MENU UTAMA > JARING PERKENAL KAD INTERNET PRA-BAYAR

Jaring perkenal kad Internet pra-bayar

 

 

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Penyedia Khidmat Internet pertama negara, Jaring hari ini melancarkan kad Internet pra-bayar untuk pengguna yang inginkan perkhidmatan yang pantas dan selamat untuk melayari Internet. Produk yang dikenali sebagai Jaring Starter Pack adalah satu lagi cara untuk pengguna Internet secara Dial-up mendapatkan akses Internet.

Starter Pack yang dilengkapi keperluan pengguna Internet ini mengandungi cakera padat pemasangan, kad Start-up, akaun emel, perkhidmatan pengimbas virus emel dan perisian tembok api (firewall) peribadi, dijual dengan harga RM30 setiap satu dengan 50 jam jumlah akses Internet.

Perkhidmatan yang diperkenalkan ini dapat membantu pengguna merancang perbelanjaan mereka semasa melayari Internet di samping lebih mudah digunakan.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr. Mohamed bin Awang Lah, “Pakej mudah-guna ini ditujukan kepada para pelayar Internet muda dan individu-individu yang mahukan cara yang lebih senang untuk meggunakan Internet. Ini juga adalah cara lebih mudah untuk menambah kredit di dalam akaun mereka dengan menggunakan kad reload atau kad kredit menerusi sistem pembayaran online oleh Jaring pada bila-bila masa."

Menurut beliau juga, perkhidmatan baru ini adalah sangat sesuai untuk ahli-ahli perniagaan yang kerap bergerak, para pelancong dan sesiapa sahaja yang perlu menggunakan Internet dengan kos yang minimal.

Jaring Starter Pack mempunyai dua komponen utama iaitu kad Start-up dan CD Pemasangan. Start-up kad mengandungi nama pengguna, kata laluan sementara dan ID pelanggan sementara CD pemasangan pula didatangkan bersama dua aplikasi sekuriti untuk keselamatan pengguna ketika melayari Internet.

Pengguna juga akan dapat menggunakan Internet dengan segera, satu akaun e-mail yang menggunakan alamat namapengguna@myjaring.net berserta nama dan kata laluan sendiri dan mereka boleh menggunakan web browser yang biasa bagi membaca, menulis dan menghantar emel.

Perisian tembok api peribadi yang disertakan ini mudah digunakan dan ia mampu menghalang komputer peribadi (pc) pengguna daripada diceroboh semasa sedang melayari Internet. Ia telah direkabentuk khas untuk dijadikan salah satu perisian tembok api yang paling mudah digunakan di pasaran dan mampu memenuhi keperluan pengguna.

Selain perisian tembok api, Jaring turut menyediakan perkhidmatan pengimbas virus emel tambahan yang ditawarkan secara ekslusif kepada pengguna Internet dial-up. Ia turut didatangkan bersama Starter Pack untuk tempoh percubaan selama 30 hari. Melalui perkhidmatan ini, Jaring akan menjaga sekuriti emel pengguna dengan mengimbas semua fail yang dilampirkan sama ada semasa menerima ataupun menghantar emel. Proses ini akan dibuat setiap hari oleh pihak Jaring bagi memastikan emel pengguna bebas daripada sebarang virus di dalam peti emel.

Jaring Starter Pack ini akan akan dijual di semua cawangan Pos Malaysia, Anjung Mimos dan di lebih 8 000 wakil jualan Jaring yang sah di seluruh negara. Pengguna Starter Pack ini juga disarankan mengisi borang pendaftaran di talian untuk mendapatkan hadiah percuma dan peluang untuk menyertai peraduan sempena ulang tahun ke-10 Jaring.